PERANAN TOKOH ISLAM DALAM MENUNTUT KEMERDEKAAN DI TANAH MELAYU
“ SHEIKH ABDULLAH FAHIM “
S
PERANAN TOKOH ISLAM DALAM MENUNTUT KEMERDEKAAN DI TANAH MELAYU "SHEIKH ABDULLAH FAHIM"
PROGRAM: DIPLOMA GEOMATIK
SESI: JUN 2016
JABATAN: KEJURUTERAAN AWAM
NAMA PENSYARAH: EN. MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI
NAMA AHLI : NURUL ATHIRAH BINTI ZAKARIA ( 02DGU16F1003 )
: NURUL HAFIZAH BINTI MOHD KAMARUDDIN ( 02DGU16F1015 )
: NUR HUSNINA SYAZA BINTI REDZUAN ( 02DGU16F1054 )
: NURUL HASANAH BINTI KAMARUL HATTA ( 02DGU16F1093 )
: NUR SYAIMAA' SYAFIQAH BINTI RUSLAM ( 02DGU16F1096 )
Senarai Kandungan
1.Pengenalan
2.Biodata Abdullah Fahim
3.Peranan Abdullah Fahim
4.Sifat Peribadi
5.Sumbangan
6.Rumusan
7.Rujukan
PENGENALAN
Kehadiran tarikh kemerdekaan negara bagi tanah air Malaysia tercinta jatuh pada 31 Ogos 1957 ini menandakan seribu satu kisah perjuangan orang terdahulu.Ini bermakna telah 57 tahun kita berstatus bangsa “merdeka”, lebih kritis sekadar pada nama. Pastinya golongan selepas kemerdekaan adalah antara orang yang paling sesuai dikisahkan dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan British. Walaubagaimanapun,seolah-olah menidakkan perjuangan tokoh para ulama Islam.Perjuangan mereka hanya dipandang sepi dalam sambutan atau pengkisahan tokoh-tokoh perjuangan ulama selama ini.
Seharusnya kita menyedari bahawa orang Melayu tidak secara tiba-tiba timbul kesedaran pada tahun 1946 dalam menentang gagasan Malayan Union. Bagaikan diskriminasi kepada jasa para ulama di bumi "negara Islam" ini. Sekadar berkongsi beberapa nama tokoh pejuang kemerdekaan Tanah Melayu sehingga wujudnya bumi berdaulat bernama Malaysia. Para muallimin turut sama memegang bebanan amanah dalam urusan dakwah daripada Baginda Rasulullah S.A.W. Penjajahan barat yang dibawa dengan pelbagai slogan jelas merupakan satu perangkap kepada gerakan kristianisasi umat Melayu yang masih teraba-raba dalam gelap tanpa cahaya agama pada waktu itu.
Justeru, telah bangkit para alim ulama dengan menyising lengan, berkorban masa bersama keluarga atas tujuan menyedarkan rakyat yang kelabu pandangan kerana tidak disuluhi cahaya pemahaman Islam yang syumul. Bahaya keberadaan penjajah di bumi Tanah Melayu lantas diapikan oleh para ilmuan dalam usaha menolak penjajahan barat. Jika diteliti dengan hati yang bersih tanpa sangkaan, maka terbukti bahawa ulama adalah golongan “pemula” kepada perjuangan memartabatkan kemerdekaan Tanah Melayu.
BIODATA ABDULLAH FAHIM
Sheikh Abdullah Fahim dilahirkan pada tahun 1870 di Makkah,Arab Saudi di satu tempat yang tidak jauh dari Masjidil Haram yang bernama Shuib Ali. Bagaimanapun ada juga pihak lain yang mengatakan ulama terkenal ini dilahirkan di Kampung Kubur Panjang, kirakira 32 kilometer dari Alor Setar,Kedah.
Sheikh Abdullah Fahim adalah anak kedua daripada empat orang adik beradik. Bapanya Sheikh Ibrahim bin Haji Tahir bermastautin di kota Makkah dan menjadi guru agama di Masjidil Haram dalam bidang pengajian alQuran. Semasa hayatnya,Sheikh Ibrahim Tahir juga pernah dilantik sebagai ahli lembaga pengelola MasjidilHaram selama tujuh tahun. Kedua beranak ini dikenali oleh masyarakat Makkah sebagai keturunan Jawa dan Patani.
Sheikh Abdullah Fahim pernah menuntut dengan 45 orang guru agama terkenal dan mendapat kelulusan dalam lebih 15 bidang ilmu Islam. Kemahiran utama datuk kepada Perdana Menteri ke-5 ini adalah dalam bidang ilmu Falak dan Kesusasteraan Arab. Sewaktu berada di Makkah, beliau mengambil kesempatan mempelajari ilmu politik Islam. Kesedaran beliau untuk mempelajari selokbelok ilmu politik Islam ini jelas menunjukkan bahwa beliau adalah seorang ulama yang cintakan ilmu pengetahuan yang seimbang antara dunia dan akhirat. Disamping itu, ia juga membuktikan betapa Sheikh ABdullah Fahim seorang ulama yang memiliki pemikiran terbuka serta tidak terkongkong sifatnya. Semasa tinggal di Makkah,Abdullah Fahim mendirikan rumah tangga dengan Hajjah Wan Habsah Haji Abdullah.Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Ghazali dan Ahmad Badawi.Ghazali dan ibunya, Wan Habsah meninggal dunia di Makkah.
Dalam bidang agama,Abdullah Fahim mmengajar ilmu usuluddin,falak,tafsir alQuran danHadis diMasjidilHaram.Pelajarnya terdidri daripada pelbagai bangsa termasuk yang berasal dari Tanah Melayu,Sabah,Sarawak,Brunei,Sumatera,Jawa,Pattani,Filipina,India dan China. Disebabkan oleh kemasyhurannya,apabila pulang ke Tanah Melayu pada 1921,Abdullah Fahim sering diundang untuk menyampaikan ceramah atau memberi pendapat pada seminar dan forum mengenai Islam.Ketinggian ilmu agam yang beliau miliki turut diakui oleh ulama terkenal Indonesia,Profesor Dr.Hamka. Sekembalinya beliau ke Tanah Melayu pada 1921,Abdullah Fahim tinggal di kampung Limbong Kapal,Alor Setar,Kedah dan menjadi guru di Maahad Mahmud yang ketika itu menggunakan sistem pendidikan secara pondok.Pada peringkat awal kepulangan beliau ke tanah air,beliau terpaksa menggilap semula kemahirannya berbahas Melayu kerana sudah sekian lama tidak mengamalkan bahasa itu.
Selepas menetap di Kedah selama beberapa tahun,pada 1925, beliau berpindah ke Kepala Batas,Seberang Prai,Pulau Pinang. Semasa mula-mula tinggal di Kepala Batas, beliau mengajar agama di anjung rumahnya dan di Masjid Kepala Batas. Apabila jumlah muridnya semakin bertambah,ulama yang merupakan Mufti pertama Pulau Pinang ini mengasakan penubuhan Madrasah Daeratul Maarif alWataniah di Kepala Batas yang tenaga pengajarnya termasuklah anak beliau,Ahmad Badawi. Selain terkenal sebagai pendidik agama,ulam dan pejuang politik Islam, Sheikh Abdullah Fahim juga adalah penulis handalan yang banyak karyanya tersiar dalam majalah dan akhbar di negara Arab pada 1920an. Selain itu, tulisannya dalam bahasa Melayu pula banyak diterbitkan di Tanah Melayu dan Singapura.
Pada 1930, Sheikh Abdullah Fahim dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi Mudir Madrasah Idrisiyah,Bukit Chandan. Beliau berkhidmat sebagai Mudir Madrasah Idrisiyah sehingga 1946. Antara pelajar beliau di sini termasuklah Ustaz Abu Bakar alBakir,Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan dan Prof Zulkifli Momammed.
Foto:Tahun 1941,Tun Abdullah bin Ahmad Badawi dengan A/yarham bapanya di Bukit Chandan,Kuala Kangsar,Perak.
Setelah meninggalkan Bukit Chandan,Haji Abdullah kembali ke Kepala Batas dan menguruskan Madrasah Daeratul Maarif. Walaubagaimanapun, beliau hanya berkhidmat sebagai penaung, manakala anaknya,Tuan Haji Ahmad Badawi sebagai mudir dan murid kesayangannya, Ustaz Abdul Halim alHadi sebagai guru besar. Beliau menolak tawaran untuk dilantik sebagai Sheikhul Islam Kedah kerana menjaga maslahat madrasah ini. Pada 1951, Haji Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang yang pertama dan beliau berkhidmat selama lima tahun. Selepas itu, beliau hanya menumpukan kepada kegiatan keilmuan di Kepala Batas dengan menjadi guru agama di sana.
Pendek kata, sepanjang hayatnya, Abdullah Fahim telah menggunakan segala ilmu yang dikurniakan oleh Allah kepadanya untuk memberi manfaat kepada umat Islam dari seluruh pelosok dunia. Jariah yang beliau curahkan itu mengalir hingga ke hari ini apabila ramai muridnya menjadi guru agama,mufti,kadi dan sebagainya yang mencurahkan khidmat bakt demi kesejahteraan masyarakat di dunia dan akhirat.
PERANAN ABDULLAH FAHIM
Nama Sheikh Abdullah Fahim juga berkait rapat dengan kemerdekaan Tanah Melayu kerana beliaulah tokoh yang diberi kepercayaan untuk memilih tarikh yang dirasakan serasi untuk dikemukakan kepada pentadbiran Inggeris.
Semasa beliau dikunjungi Tunku Abdul Rahman dan para pemimipin UMNO lain untuk mendapatkan tarikh berkenaan,Abdullah Fahim mencadangkan dua tarikh iaitu 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962. Pada pendapat beliau, tarikh 31 Ogos 1957 paling sesuai memandangkan segala usaha dan perjuangan rakyat Malaya sudah sampai kepada masanya untuk membuat tuntutan dan sekiranya pihak British tidak bersetuju dengan tarikh itu,maka satu lagi tarikh yang sesuai dan baik untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan ialah 31 Ogos 1962.
Apabila kedua-dua tarikh tersebut dibincangkan pada mesyuarat peringkat tertinggi UMNO,Ketua Pemuda UMNO,Saadon Haji Jubir menolak tarikh alternatif 31 Ogos 1962 dan bertekad bahawa sekiranya British menolak tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan negara ini,pemuda UMNO akan bertindak secara habis-habisan untuk menentangnya.
Walaubagaimanapun, dengan nasihat Abdullah Fahim dan kebijaksanaan Tunku, akhirnya seperti yang terakam dalam sejarah tanah air,Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957.Tarikh keramat ini sebenarnya bukan dipilih dengan sesuka hati oleh Abdullah Fahim tetapi melalui ilmu firasat yang beliau miliki.
Tarikh inlah yang kini dirayakan setiap tahun oleh seluruh rakyat Malaysia yang menghargai erti kemerdekaan. Mungkin juga tidak ramai yang mengetahui bahawa pada pertemuan untuk membincangkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu itu,Abdullah Fahim memberitahu Tunku bahawa selepas lima tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,negara ini akan bertukar namanya.Ramalan yang dibuat berdasarkan ilmu firasat yang beliau miliki itu ternyata benar apabila dengan kehendak Allah jua,Tanah Melayu telah ditukar namanya kepada Malaysia lma tahun selepas kemerdekaannya.
Sheikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab: ﺍﺗﺎﻧﺎ ﺧﻴﺮ ﻋﺎﻡ (tahun baik datang kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahuntahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan.Beliau juga melarang pemudapemuda UMNO dari memberontak dan merampas kuasa jika kerajaan British tidak menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini. Jika kemerdekaan tidak dapat disambut padatarikh yang dikehendaki itu, Syeikh Abdulllah Fahim meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari jumaat,31 Ogos 1962. Itulah antara sebab mengapa zaman sebelum kemerdekaan, kebanyakannya daripada kalangan kita orang Melayu tidak melakukan penentangan terhadap British. Selepas Bintang Tiga(komunis) mengambil alih Tanah Melayu selama 14 hari selepas Jepun menyerah kalah kepada British pada tahun 1945 selepas Hiroshima dan Nagasaki dilepaskan bom atom oleh pihak British.Sebaliknya,orang Melayu pada waktu tersebut, menuntut kemerdekaan kepada pihak British dengan cara baik selepas mereka mendengar nasihat daripada Syeikh Abdullah Fahim bukan seperti yang digembargemburkan kononnya pemerintah kita mempunyai kaitan dengan British.
Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan pada 20 Februari 1956, telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abduk Rahman di Padang Pahllawan,Bandar Hilir,Melaka.Menarik untuk diperkatakan mengenai tarikh kemerdekaan yang dipilih oleh Syeikh ABdullah Fahim. Menurut seorang guru dari Sekolah Agama Daeratul Ma'arif Al Wataniah di Kepala Batas, Seberang Perai Utara,Pulau Pinang bahawa sejenis alat digelar astrolabe kepunyaan Syeikh Abdullah Fahim ada disimpan di bilik pengetua sekolah tersebut dan dikatakan bahawa Syeikh Abdullah Fahim biasa menggunakan alat astrolabe ini bagi menghitung pergerakan cakerawala terutamanya burujburuj bintang. Mengambil kira hakikat ini atas ilham pemilihan tarikh kemerdekaan yang dibuat oleh beliau,tentu ada sebab yang berpatutan yang mendorong tarikh 31 Ogos 1957 ini dipilih,istimewanya mungkin dari kedudukan burujburuj yang boleh kelihatan pada waktu maghrib sempena detik kemerdekaan negara 1957. Pada malam kemerdekaan didapati empat buah buruj sedang berada di ufuk barat sejurus selepas terbenam matahari pada jam 7.19 malam, 30 Ogos 1957 bersamaan 4 Safar 1377 H, malam Sabtu.
Walaupun ramai yang kagum dengan kelebihan yang dimiliki oleh Sheikh Abdullah Fahim,tetapi bagi beliau dan ahli keluarganya,semua itu adalah pemberian Allah kepada sesiapa jua yang dikehendakinya. Sungguhpun Abdullah Fahim bukan pemimpin utama UMNO, tetapi buah fikiran beliau sebagai orang tua dan ulama yang dihormati amat diperlukn dalam menangani sesuatu isu besar yang dihadapi oleh rakyat dan negara. Sebagai ulama, segala katakata dan buah fikirannya diyakini bebas daripada sebarang kepentingan diri serta mendapat petunjuk dari Allah.
SIFAT PERIBADI
1.Ulama yang Tegas dan Pentingkan Perpaduan
Selain itu,Sheikh Abdullah Fahim adalah salah seorang daripada ulama yang tegas dan sangat prihatin kepada perpecahan umat Islam.Beliau memberikan nasihat kepada orang Melayu supaya jangan mengikut ajaran khawarij yang mencetuskan perbalahan di kalangan umat Islam apabila mereka keluar dan berpisah daripada kepimpinan Saidina Ali r.a..Beliau juga pernah menunjukkan tu=indakan tegas dengan meninggalkan majlis yang menyerang dan memperkecilkan orang Melayu yang berpegang teguh kepada mazhabSyafie.
Beliau juga pernah merayu supaya orang Melayu berpegang teguh dengan semangat perpaduan ummah dan bersatu padu dalam kesatuan bangsanya.
2.Kesetiaan Abdullah Fahim dalam Politik
Walaupun Abdullah Fahim tidak begitu terkenal dalam arena politik tanah air,tetapi beliau sebenarnya amat berjasa kepada negara khususnya kepada UMNO.Ini kerana ketika sebilangan besar mereka yang dianggap ulama meninggalkan parti itu untuk menyertai PAS,beliau dan anaknya Ahmad Badawi tetap setia mennyokong UMNO dalam perjuangannya membela nasib bangsa dan seluruh penduduk Tanah Melayu tidak mengira kaum dan agama.
Kesetiaan Abdullah Fahim terhadap perjuangan UMNO tidak dapat dinafikan apabila beberapa hari selepas parti itu ditubuhkan pada Mei 1946,Yang DiPertua Pertama parti itu,Onn Jaafar datang menemuinya dan meminta beliau menjadi ahli UMNO pertama bagi kawasan Seberang Prai Utara.
Sebaik sahaja Abdullah Fahim menandatangani borang keahlian,Onn menyematkan lencana UMNO pada kolar kot beliau.Lencana tersebut dipakai oleh Abdullah Fahim hingga akhir hayatnya bagi membuktikan betapa beliau amat menyayangi dan menghayati perjuangan parti itu..
3.Mudah bergaul mesra
Dalam kehidupan sehariannya,Sheikh Abdullah Fahim adalah seorang yang mudah sekali bergaul mesra dan amat disenangi oleh penduduk setempat yang terdiri daripada maysyarakat yang berbilang kaum.Pernah dikatakan bahwa pekedaipekedai di sekitar Pulau Pinang biasanya berasa amat bertuah sekiranya Sheikh Abdullah Fahim masuk ke kedai mareka tetapi akan berasa bimbang sekiranya barang di kedai mereka itu dikatakannya mahal,maka alamatnya jualan pekedai itu pada hari itu akan merosot.Begitulah pula sebaliknya pekedai selalu berharap Sheikh Abdullah Fahim akan masuk ke kedai mereka kerana kehadirannya menjadi petanda bahawa jualan mereka pada hari itu akan laris.
Itulah antara keistimewaan yang dimiliki oleh Sheikh Abdullah Fahim yang merupakan seorang wali yang amat dihormati oleh penduduk Pulau Pinang,terutamanya di Seberang Prai dan Kepala Batas.
Jika jasa dan sumbangan ulama dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu ditidakkan, bagaimana pula dengan jasa Abdullah Fahim. Beliau adalah ulama terkemuka di Tanah Melayu dan seluruh Nusantara antara tahun 1930an hingga 1950an.
Jasa datuk kepada Perdana Menteri Malaysia ini adalah antara yang tidak ternilai sehingga kepakatan beliau dalam bidang agama dan astronomi telah diberi pengiktirafan negara. Pada waktu itu,Syeikh Abdullah Fahim telah diminta pendapatnya oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Allahyarham Tun Saadon Jubir pada 1955 sejurus sebelum menyertai rombongan Almarhum Tunku Abdul Rahman ke London.
Beliau juga harus diingati adalah tokoh ulama yang begitu lantang menolak fahaman mujassimah wahabbiah, antara katakata beliau mengenai kesatuan IslamMelayu dalam menolak fahaman wahabbiah ini ialah;
"Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari 4 mazhab Ahli Sunnah wal Jama'ah.Maksud mereka itu hendak mengelirukan fahaman awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu. Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab HadyurRasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim alKhariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Beliau juga adalah pencipta kepada Takwim Solat pertama bagi umat Islam di Tanah Melayu.
Sumbangan penting Haji Abdullah dalam politik negara ialah menetapkan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Berdasarkan keilmuan beliau dalam bidang falak,beliau mengatakan itu tarikh terbaik untuk Tanah Melayu merdeka.Allahyarham meninggal dunia 27 April 1961 dalam usia 92 tahun. Beliau meninggalkan tiga anak termasuk Tuan Haji Ahmad Badawi iaitu bapa kepada (bekas) Perdana Menteri,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
RUMUSAN
Al Marhum Syeikh Abdullah Fahim adalah tokoh guru agama yang berkaliber dan pemergiannya mengisi ruang kosong yang ditinggalkannya untuk generasi kemudian. Syukur kepada Allah kerana masih ada golongan cerdik pandai yang baru yang sentiasa berusaha ke arah yang dipedomankan olehnya. Tidak sia-sialah nama pusat pengajian"Daeratul Ma'arif Al Wataniah"
yang sentiasa menyahut seruan golongan cerdik pandai untuk melangsungkan tradisi keilmuan guru-guru terkemuka di mana-mana sahaja.
Oleh itu, apabila berbicara mengenai seorang pejuang agama yang diabadikan namanya dalam sekian banyak media meliputi buku,majalah,risalah ataupun monumen yang dibin meliputi sekolah dan taman perumahan maka tidak syak lagi bahawa beliau adalah orangnya yang disebut sebut oleh segenap masyarakat yang sentiasa menghargai dan menyanjunginya sebagai tokoh cendekiawan yang masih tiada gantinya sehingga kini. Walaupun sebutir permata yang pernah menerangi hati nurani bangsanya telah tiada tetapi obor ilmunya sentiasa menyala yang menjadi pendorong kepada anak watan meneruskan perjuangan yang telah diwariskan itu.
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3940.0
http://almukminun.blogspot.com/2008/08/tanahmelayumalaysiamerdekadengan.html
http://perananabdullahfahim.blogspot.my/
Mohamad Subky bin Haji Abdul Raof, Dato’ Haji (2004). Kisah Abdullah Fahim. Pulau Pinang: Majlis Bicara Sejarah Tokoh Ulama Haji Abdullah Fahim 27 Mac 2004.
No comments:
Post a Comment